alquran004

Definisi

Lesen Mencetak/ Menerbit Teks Al-Quran adalah suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Seksyen 5 Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326) bagi mana-mana individu /syarikat yang ingin mencetak/ menerbit teks al-Quran.

 

Garis Panduan Permohonan Lesen Mencetak/Menerbit Teks Al-Quran

 1. Lesen Mencetak/Menerbit Teks Al-Quran

Berdasarkan Peruntukan dibawah Seksyen 5(1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (APTQ), seseorang yang ingin mencetak/ menerbit hendaklah memohon lesen mencetak/menerbit dari Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran Kementerian Dalam Negeri

2. Prosedur Permohonan

Perlu mendapatkan dan mengisi borang permohonan (Borang A).
Sertakan maklumat-maklumat/dokumen berkaitan:-

  • Salinan Lesen Mesin Cetak yang sah (Di bawah AMCP 1984)
  • Salinan Surat Pendaftaran
  • Borang A - Borang Permohonan bagi lesen untuk Mencetak/ Menerbitkan Teks Al-Quran yang lengkap dipenuhi.
  • Maklumat tambahan permohonan bagi lesen untuk Mencetak/ Menerbit Teks Al-Quran – Borang A (1)
  • Salinan Surat Pendaftaran Syarikat
  • Senarai Perunding sekurang-kurangnya 2 orang yang pakar dalam bidang:
    • Pengajian Al-Quran dan Qiraat - Hafiz
    • Pengajian Syariah
  • Senarai Nama Pekerja yang dibayar Caruman EPF
  • Salinan butir-butir Pemegang Saham Syarikat (Borang 24 Akta Syarikat 1965)
  • Senarai kelengkapan pejabat (seperti telefon, fax, photostat, mesin dan lain-lain)

3. Keperluan Memiliki Lesen Untuk Mencetak/Menerbit Teks Al-Quran

Ia merupakan satu undang-undang yang dikuatkuasakan dan sekiranya anda beroperasi tanpa lesen yang sah dan didapati bersalah, anda boleh dikenakan denda sepuluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

4. Bayaran Yang Dikenakan

Seseorang yang telah diberi kelulusan permohonan lesen perlu membuat bayaran sebanyak RM 300.00 setelah sesuatu permohonan diluluskan.

5. Bilakah Anda Boleh Memilikinya

Setelah permohonan diterima oleh Kementerian Dalam Negeri dan diluluskan oleh Lembaga dalam masa tiga bulan atau Mesyuarat Lembaga yang terhampir.

6. Tempoh Sah Laku Lesen Mencetak/Menerbit Teks Al-Quran

Tempoh sahlaku lesen tersebut berterusan sehinggalah ia dibatalkan.

 

Jenis Permohonan

  • Permohonan Lesen Mencetak / Menerbit Teks Al-Quran
  • Permohonan Perakuan Betul Pruf Akhir Teks Al-Quran

 

Kawalan Teks Al-Quran

Lesen Mencetak/ Menerbit Teks Al-Quran adalah suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Seksyen 5 Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326) bagi mana-mana individu /syarikat yang ingin mencetak/ menerbit teks al-Quran.

 alquran005

Kesalahan-Kesalahan di Bawah Akta Percetakan Teks Al-Quran

 1. Mencetak Tanpa Lesen

Seksyen 5(1) - Tidak seorang pun boleh mencetak, membantu dalam Percetakan, menerbit atau membantu dalam menerbitkan tes Al- Quran tanpa kelulusan/lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga.
Seksyen 5(6) – Hukuman: RM 10,000 atau 3 tahun penjara atau Kedua-duanya sekali.

 2. Melanggar Syarat Lesen

Seksyen 5(7) – Seseorang yang tidak mematuhi atau melanggar mana-mana syarat yang dikeluarkan bersama-sama lesen adalah dikira melakukan kesalahan. Hukuman : RM 5,000 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya.

 3. Tidak Mengemukakan Pruf Akhir

Seksyen 6(1) – Tidak seorang pun boleh mencetak atau menerbitkan teks Al-Quran melainkan hendaklah mengemukakan dan mendapatkan kelulusan/perakuan bahawa teks Al-Quran tersebut adalah betul/sahih.
Seksyen 6(3) – Hukuman : RM 10,000 atau 3 tahun penjara atau Kedua-duanya sekali.

 4. Teks Al-Quran Yang Diimport

Seksyen 7(1) – Tidak seorang pun boleh mengimport untuk menjual atau mengedar teks Al-Quran sebelum mendapatkan kelulusan dari Lembaga.
Seksyen 7(2) – Hukuman: RM 10,000 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

 5. Teks Al-Quran Hendaklah Mengandungi Maklumat Tertentu

Seksyen 8(1) – Setiap Al-Quran yang dicetak di Malaysia atau diimport Ke Malaysia hendaklah menunjukkan dengan ketara pada helai yang pertama atau terakhir :

  • Nama dan alamat pencetak/penerbit/pengimport.
  • Alamat tempat ia dicetak.
  • Perakuan bahawa teks Al-Quran tersebut betul.
  • Nombor rujukan perakuan yang releven.
  • Seksyen 8(3) – Hukuman : RM 20,000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

 6. Teks Al-Quran Hendaklah Dicetak Sebagaimana Yang Diperakui

Seksyen 9(1) – Tidak seorang pun boleh mencetak/menerbitkan teks Al-Quran yang berbeza daripada yang diperakui oleh Lembaga.
Seksyen 9(2) – Hukuman: Rm 20,000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya.

 7. Satu Salinan Teks Al-Quran Perlu Diserahkan Kepada Lembaga Dan Satu Lagi Disimpan

Seksyen 10(1) – Setiap orang yang mencetak sesuatu teks Al-Quran hendaklah dengan seberapa segera menyerahkan satu salinan teks Al-Quran untuk simpanan Lembaga.
Seksyen 10(2) – Hukuman: RM 2,000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya.

 8. Bahan Buangan Daripada Pencetakan Teks Atau Bahan Al-Quran

Seksyen 11(1) – Seseorang yang mencetak sesuatu teks Al-Quran atau bahan Al-Quran hendaklah mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan bahawa apa-apa bahan buangan yang di atasnya tercetak sesuatu ayat Al-Quran dimusnahkan dengan serta merta dengan membakarnya di suatu tempat bertutup yang tidak dapat dimasuki oleh orang awam dan tidak meninggalkan premis, dengan apa-apa cara pun, kecuali semasa ia dipindahkan ke suatu tempat untuk dimusnahkan.
Seksyen 11(3) - Hukuman: RM 5,000 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya.

 9. Pengawalan, Penjualan, Pengedaran Dan Penerbitan Teks Al-Quran

Seksyen 13(1) – Tidak seorang pun boleh menjual, menawarkan untuk Jualan, mengedarkan atau menerbitkan, atau ada dalam milikannya, jagaanya atau kawalannya bagi maksud penjualan atau pengedaran sesuatu teks Al-Quran melainkan menunjukkan dengan ketara maklumat perakuan/kelulusan pada helaian pertama atau akhir perakuan yang dinyatakan dalam subseksyen (1) seksyen 8 atau subseksyen (3) seksyen 12.
Seksyen 13(2) - Hukuman: Denda RM 5,000 atau 2 tahun penjara atau Kedua-duanya sekali.

 10. Pencetakan Teks/Bahan Al-Quran Yang Mengandungi Kesilapan

Seksyen 14(1) – Tidak seorang pun boleh mencetak atau menerbitkan Sesuatu teks/bahan Al-Quran yang mengandungi apa-apa kesilapan pada ayat-ayat Al-Quran.
Seksyen 14(2) – Hukuman: Denda tidak melebihi RM 20,000 atau Penjara tidak melebihi tahun atau kedua-duanya.

 

 

Soalan Lazim

 alquran0061. Apakan bentuk pencetakan/ penerbitan teks al-Quran yang memerlukan lesen ?

Semua bentuk pencetakan/ penerbitan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran sekurang-kurangnya 1 juzuk adalah perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ).

 2. Apakah prosedur untuk memohon Lesen Mencetak/Menerbit Teks Al-Quran.

Perlu mendapatkan dan mengisi borang permohonan (Borang A).
Sertakan maklumat-maklumat/ dokumen berkaitan :-

  • Salinan Lesen Mesin Cetak yang sah (Di bawah AMCP 1984)
  • Salinan Surat Pendaftaran
  • Borang A - Borang Permohonan bagi lesen untuk Mencetak/ Menerbitkan Teks Al-Quran yang lengkap dipenuhi.
  • Maklumat tambahan permohonan bagi lesen untuk Mencetak/ Menerbit Teks Al-Quran – Borang A (1)
  • Salinan Surat Pendaftaran Syarikat
  • Senarai Perunding sekurang-kurangnya 2 orang yang pakar dalam bidang:
    • Pengajian Al-Quran dan Qiraat - Hafiz
    • Pengajian Syariah
  • Senarai Nama Pekerja yang dibayar Caruman EPF
  • Salinan butir-butir Pemegang Saham Syarikat (Borang 24 Akta Syarikat 1965)
  • Senarai kelengkapan pejabat (seperti telefon, fax, photostat, mesin dan lain-lain)

 3. Saya ingin mencetak al-Quran, syarikat manakah yang memiliki Lesen Mencetak/ Menerbit Teks Al-Quran ?

Tuan boleh merujuk kepada senarai syarikat-syarikat yang telah diberi kelulusan Lesen oleh Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran sebagaimana yang disenaraikan dalam web ini.

 4. Apakah jenis rasm al-Quran yang diterima pakai di Malaysia ?

Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran telah menetapkan bahawa rasm Al-Quran yang diterima pakai di Malaysia adalah Rasm Uthmani Riwayat Hafs An' Asim.

 5. Siapakah pihak berkuasa yang memastikan kesahihan dan meluluskan teks Al-Quran ?

Setiap teks Al-Quran akan disemak oleh Lajnah Penyemakan dan Penilaian Teks Al-Quran dan akan dikemukakan untuk kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ), Kementerian Dalam Negeri

 

Sumber dari : Bahagian Kawalan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri

Hakcipta © 2014 JAKIM. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : JAKIM tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

1329446810 Maps

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 4-9 Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519, Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
Telefon : 03-8886 4000
Fax : 03-8889 2039
Email : alquran@islam.gov.my
Peta : Klik sini

1329446830 Stocks

Jumlah Pelawat

01575336
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
2260
2620
2260
1554423
53017
83323
1575336

1329447003 Things

Kemaskini Terkini :
29 April 2015

Paparan Terbaik :
Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 4+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024. Boleh juga dilayari di telefon pintar atau gajet pintar yang lain (Responsive Design)