Print

Tan Sri Sheikh Ismail

Tan Sri Sheikh Ismail

Latar Belakang

Tan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail Muhammad dilahirkan di Kampung Padang Pulut, Dungun, Terengganu pada 2 Januari 1944. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Dungun Terengganu dan Sekolah Arab Dungun Terengganu. Kemudian, mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Ugama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Beliau meneruskan pengajian dalam bidang Tahfiz Al-Quran oada tahun 1966 dan merupakan salah seorang daripada lapan orang pelajar awal Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Masjid Negara. Setelah mendapat Diploma Tahfiz, beliau melanjutkan pengajian ke Maahad Al-Qiraat Al-Azhar, Shoubra, Mesir dan memperoleh Ijazah Pertama dalam bidang Al-Qiraat dan Ulum Al-Quran.

Kerjaya

Sekembalinya beliau dari Timur Tengah, beliau telah memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir di Perwakilan Rabitah Amal Islami dan tenaga pengajar di Persekutuan Seruan Islam Singapura (JAMIYAH). Beliau juga pernah bertugas sebagai Pengetua Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Terengganu, Pensyarah dan Timbalan Pengerusi Institut Tahfiz Sultan Haji Hassanul Bolkiah, Brunei Darussalam dan juga Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya. Kini, beliau merupakan Imam Besar Masjid Negara sejak tahun 2007.

Kemahiran beliau dalam bidang Al-Quran diperakui apabila beliau dilantik sebagai Hakim Tilawah Al-Quran peringkat Negeri dan Kebangsaan sejak tahun 1984 sehingga sekarang dan pernah menganggotai Jawatankuasa Mentashih Al-Quran Kementerian Dalam Negeri. Beliau juga merupakan Hakim Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa sama ada dianjurkan oleh Malaysia mahupun di negara-negara luar seperti Brunei, Mesir, Arab Saudi, Dubai, Iran, Qatar dan TV Al-Jazeera. Disamping itu, beliau juga diundang membentang Kertas Kerja dalam Kursus-Kursus Tahsin Al-Quran sama ada di peringkat Negeri mahupun Kebangsaan.

Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Teks Doa peringkat jabatan di JAKIM dan sering dijemput untuk memimpin bacaan doa dalam majlis-majlis rasmi negara mahupun antarabangsa. Bagi mengenang jasa dan sumbangan beliau, maka beliau telah menerima beberapa anugerah dan pingat. Antaranya, Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.), Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T.), Anugerah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) yang membawa gelaran Dato’ dan juga Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri. Beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Terengganu bagi tahun 1432H/2010M.

Hakcipta © 2014 JAKIM. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : JAKIM tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

1329446810 Maps

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 4-9 Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519, Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
Telefon : 03-8886 4000
Fax : 03-8889 2039
Email : alquran@islam.gov.my
Peta : Klik sini

1329446830 Stocks

Jumlah Pelawat

01337586
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
2179
4379
12156
1288107
97652
112318
1337586

1329447003 Things

Kemaskini Terkini :
29 April 2015

Paparan Terbaik :
Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 4+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024. Boleh juga dilayari di telefon pintar atau gajet pintar yang lain (Responsive Design)