Print

Wan Ainuddin, Siti Husnaa Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-58

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-58 telah berlangsung selama enam hari bermula 20 hingga 25 April dengan bertemakan “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”, telah menghimpunkan 28 peserta merangkumi 14 qari dan 14 qariah dari setiap negeri. Qari Wan Ainuddin Hilmi, dari Kelantan dan qariah Siti Husnaa Hassan, dari Pahang malam ini dinobat johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-58. Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, sebuah Proton Preve, piala pusingan serta pakej menunaikan fardhu Haji, cenderamata dan sijil penyertaan.

Hadiah telah disampaikan oleh Dato’ Sri Mohd Najib b Tun Hj. Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia kepada peserta qari manakala isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor menyampaikan hadiah kepada peserta qariah di majlis yang berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Turut hadir YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) YBhg. Datuk Haji Othman bin Mustapha.

Wan Ainuddin, 32, yang memperdengarkan bacaan surah As-Sabaa bermula ayat 36 telah memperoleh markah 88.35 peratus manakala Siti Husnaa, 23 (ayat 34, surah An-Nisa') pula memperoleh 85.01 peratus. Kedua-dua Johan Qari dan Qariah ini akan mewakili negara dalam Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Antarabangsa ke-57 yang bakal berlangsung pada 9 hingga 14 Jun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Qari dari Selangor, Abdul Khair Jalil muncul naib johan dengan markah 87.67 peratus manakala qari Azraei Abdul Hak dari Melaka meraih tempat ketiga dengan markah 87.02 peratus. Bagi kategori qariah, Roziah Ayup dari Sarawak, muncul naib johan dengan memperoleh markah 84.34 peratus manakala qariah Selangor, Nur Ruzana Natiah Jaafar mendapat tempat ketiga dengan 82.35 peratus. Naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM20,000 dan RM15,000 selain RM4,500 kepada penerima saguhati.

Johan keseluruhan pula diraih Negeri Pahang Darul Makmur yang mendapat markah sebanyak 85.51 peratus. Pemarkahan dibarisi 15 hakim yang dipengerusikan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Haji Othman bin Mustapha.
 
 
mtqk2015-1

Hakcipta © 2014 JAKIM. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : JAKIM tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

1329446810 Maps

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 4-9 Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519, Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
Telefon : 03-8886 4000
Fax : 03-8889 2039
Email : alquran@islam.gov.my
Peta : Klik sini

1329446830 Stocks

Jumlah Pelawat

03259165
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
650
1507
9406
3236694
35853
93825
3259165

1329447003 Things

Kemaskini Terkini :
29 April 2015

Paparan Terbaik :
Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 4+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024. Boleh juga dilayari di telefon pintar atau gajet pintar yang lain (Responsive Design)