Print

Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-57 Tahun 1436H/2015M

Pada 9 hingga 14 Jun 2015 yang lalu, Majlis  Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-57 Tahun 1436H/2015M telah diadakan dengan gilang gemilangnya. Acara tahunan yang diadakan setiap kali penghujung bulan Syaaban ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah serta Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Pada tahun ini sebanyak 82 peserta dari 47 negara telah menyertai pertandingan, iaitu meliputi 38 peserta tilawah dan 32 peserta hafazan, manakala 12 peserta lain tidak melepasi peringkat sa­ringan.

Majlis penutupan pula telah diadakan pada 14 Jun dimana Qari dari Iran, Mohsen Hassani Kargar dan qariah dari Indonesia, Asrina Asril Buyong masing-masing telah dinobatkan sebagai johan qari dan qariah bagi kategori tilawah manakala kategori hafazan di menangi Abdul Aziz Abdullah Ali Al-Hamridari Qatar dan Qariah oleh Farihah binti Zulkiflidari Malaysia.
 
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang tilawah dan hafazan telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
 
Johan qari dan qariah membawa pulang piala iringan, wang tunai RM40,000 dan kepingan emas bernilai RM70,000 manakala johan hafiz dan hafizah memperoleh piala iringan, wang tunai RM20,000 dan kepingan emas bernilai RM20,000. Kepingan emas adalah tajaan dari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia YaPIEM.
 
Antara ulasan dari pengerusi Jemaah hakim Dato Hj Othman Mustapha berhubung pencapaian pesertaq pada tahun ini ialah, “Secara keseluruhannya, peserta-peserta tilawah telah memberikan bacaan al-Quran yang amat baik dan mengagumkan sehingga pencapaian johan dijarakkan dengan markah sangat tipis.
 
“Bagi kategori hafazan, para peserta telah menjawab soalan de­ngan baik, malah ada hafazan yang mengagumkan sehingga menitis air mata hakim,”
 
 
KEPUTUSAN KATEGORI TILAWAH: QARI
Kedudukan Pemenang Markah (%) Negara
Johan
Mohsen Hassani Kargar
91.75
Iran
Naib Johan
Wan Ainuddin Hilmi Abdullah
91.38
Malaysia
Ketiga
Numan Makasugat Pimbayaba
90.97
Filipina
Keempat
Awangku Muhd Adibul Amin Bin Pengeran Hj Marjuki
90.10
Brunei
Kelima
Brahim Medjahed
87.55
Algeria
 
 
KEPUTUSAN KATEGORI TILAWAH: QARIAH
Kedudukan Pemenang Markah (%) Negara
Johan
Asrina Asril Buyong
91.55
Indonesia
Naib Johan
Rahima Panondiongan Amerol
88.36
Filipina
Ketiga
Siti Husnaa Hassan
86.97
Malaysia
Keempat
Siti Noor Dzuhairah Binti Awang Hj Damit
86.47
Brunei
Kelima
Sameeha Talohding
80.13
Thailand
 
 
KEPUTUSAN KATEGORI HAFAZAN: HAFIZ
Kedudukan Pemenang Markah (%) Negara
Johan
Abdul Aziz Abdullah Ali Al-Hamri
97.63
Qatar
Naib Johan
Othman Yusef Jazaa Fahad Al-Shalan
96.26
Kuwait
Ketiga
Aboulhassen Yahia
92.75
Tunisia
 
 
KEPUTUSAN KATEGORI HAFAZAN: HAFIZAH
Kedudukan Pemenang Markah (%) Negara
Johan
Farihah Zulkifli
89.50
Malaysia
Naib Johan
Raghiye Beyah
89.38
Mauritania
Ketiga
Mariem Makhlouf
88.25
Tunisia

 

MTQA2015-8

MTQA2015-1

MTQA2015-2

MTQA2015-3

MTQA2015-4

MTQA2015-5

MTQA2015-6

MTQA2015-7

MTQA2015-9

MTQA2015-10

MTQA2015-11

MTQA2015-12

 

 

Hakcipta © 2014 JAKIM. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : JAKIM tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

1329446810 Maps

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 4-9 Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519, Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
Telefon : 03-8886 4000
Fax : 03-8889 2039
Email : alquran@islam.gov.my
Peta : Klik sini

1329446830 Stocks

Jumlah Pelawat

01337595
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
2188
4379
12165
1288107
97661
112318
1337595

1329447003 Things

Kemaskini Terkini :
29 April 2015

Paparan Terbaik :
Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 4+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024. Boleh juga dilayari di telefon pintar atau gajet pintar yang lain (Responsive Design)