Print

Qari Malaysia Juara Dalam ‘Southeast Asian Youth Al-Quran Reading Competition 1436H/2015M Brunei Darussalam’

Bandar Seri Begawan: Peserta Malaysia Mohamad Husaini Mahmur muncul juara dalam ‘Southeast Asian Youth Al-Quran Reading Competition 1436H/2015MBrunei Darussalam’ (Musabaqah Tilawatil Qur'an Belia Asia Tenggara) di Brunei Darussalam. Kejayaan itu membolehkan beliau menerima hadiah wang tunai sebanyak BND5,000 (RM15,112.00) selain hadiah-hadiah iringan dan sijil penyertaan.
 
Pertandingan yang dianjurkan buat kali ketujuh itu turut menyaksikan seorang lagi wakil negara, Saudari Awatif binti Abd Majid berkongsi tempat ketiga dengan peserta tuan rumah, Awangku Adi Nazri Pengiran bin Haji Jofri. Mereka menerima hadiah wang tunai sebanyak BND3,000 (RM9,061.81) selain hadiah iringan dan sijil penyertaan. Tempat kedua pula menjadi milik peserta Filipina, Kamaruddin Gunda Zaidon. Bagi kategori qariah pula, peserta Filipina, Raihana Guamlod Ambangala muncul juara manakala peserta Indonesia, Munawaroh Tarmizi Ilyas di tempat kedua.
 
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang dan sekali gus menyempurnakan majlis penutupan yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Turut mencemar duli ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.
 
Pertandingan yang berlangsung selama tiga hari (15 hingga 17 September 2015) itu telah dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan Brunei Darusalam. Seramai 19 orang peserta telah menyertai yang terdiri daripada sembilan buah negara, iaitu Brunei, Malaysia, Indonesia, Filipina, Kemboja, Laos, Vietnam, Myanmar, Singapura dan Thailand.
 
Kejayaan peserta Malaysia ini merupakan kejayaan kedua yang dicapai bagi tahun 2015 di mana pada 6 Julai yang lepas peserta negara mendapat johan dalam Musabaqah Menghafaz Al-Quran Beserta Pemahamannya Peringkat Negara Anggota MABIMS 1436H/2015M juga diadakan di Brunei Darussalam.
 
Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang mewakili Negara. Semoga dapat meneruskan kecemerlangan dalam setiap pertandingan yang disertai di peringkat antarabangsa.
 
Southeast Asian Youth Al-Quran Reading Competition-6
 
Southeast Asian Youth Al-Quran Reading Competition
 
Southeast Asian Youth Al-Quran Reading Competition-2
 
Southeast Asian Youth Al-Quran Reading Competition-3
 
Southeast Asian Youth Al-Quran Reading Competition-4
 
Southeast Asian Youth Al-Quran Reading Competition-5
 
Southeast Asian Youth Al-Quran Reading Competition-7
 
Southeast Asian Youth Al-Quran Reading Competition-8
 
Southeast Asian Youth Al-Quran Reading Competition-9
 
Southeast Asian Youth Al-Quran Reading Competition-10
 
 
 

Hakcipta © 2014 JAKIM. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : JAKIM tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

1329446810 Maps

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 4-9 Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519, Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
Telefon : 03-8886 4000
Fax : 03-8889 2039
Email : alquran@islam.gov.my
Peta : Klik sini

1329446830 Stocks

Jumlah Pelawat

01920291
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
2460
2772
20466
1879087
46882
90791
1920291

1329447003 Things

Kemaskini Terkini :
29 April 2015

Paparan Terbaik :
Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 4+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024. Boleh juga dilayari di telefon pintar atau gajet pintar yang lain (Responsive Design)