Print

Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-31 Tahun 2010

Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-31 telah berlangsung dengan jayanya selama 5 hari mulai 21 hingga 25 April 2010 bertempat di MITC, Ayer Keroh, Melaka Bandaraya Bersejarah. Bertemakan “Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah”, majlis ini menyaksikan persaingan yang hebat di antara para hafiz dan hafizah dari seluruh Malaysia.
 
Majlis Perasmian Pembukaan telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka pada 21 April 2010. Turut hadir pada majlis pembukaan adalah Y.A.Bhg. Datin Seri Datuk Wira Hajah Asmah binti Ab. Rahman, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Haji Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan isteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.Bhg. Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pelaksana Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke–31 Tahun 1431H/2010M dan isteri serta dif-dif kehormat yang lain.
 
Para jemaah hakim, peserta-peserta dan urus setia negeri serta persekutuan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke–31 Tahun 1431H/2010M diraikan dalam satu majlis makan tengah hari bersama TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka di Hotel Equatorial, Melaka pada 22 April 2010.
 
Pada 24 April 2010, para jemaah hakim, peserta-peserta dan urus setia negeri serta persekutuan Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-31 Tahun 1431H/2010M diraikan dalam satu majlis makan tengah hari bersama YAB Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka di Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka.
Seramai 73 orang peserta seluruh negara menyertai majlis ini dengan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu hafazan dari 1-10 juzuk beserta tarannum, 1-20 juzuk dan 1-30 juzuk beserta tafsir. Pada tahun ini, satu kategori baru diperkenalkan iaitu hafazan dari 1-10 juzuk beserta tarannum. Walaupun ia merupakan kategori baru, namun para peserta dapat menyampaikan bacaan dengan cemerlang.
 
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka. Turut hadir pada majlis itu Y.A.Bhg. Toh Puan Datuk Seri Utama Dato’ Zurina binti Kassim, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Haji Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan isteri, YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka dan isteri, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan suami serta dif-dif kehormat yang lain.
 
Keputusan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke–31 Tahun 1431H/2010M disampaikan oleh Y.Bhg. Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), merangkap Pengerusi Jemaah Hakim.
 
Pemenang-pemenang bagi ketiga-tiga kategori hafazan adalah seperti berikut :
 
1-10 JUZUK (LELAKI)
         
TEMPAT PERTAMA     : Ahmad Tirmizi bin Hj Ali (Terengganu)
TEMPAT KEDUA        : Muhammad Haikal bin Mohd Aris (Melaka)
TEMPAT KETIGA        : Muhammad Naazir bin Sheikh Alaudeen (Selangor)
                         
                                                            
1-10 JUZUK (PEREMPUAN)
 
TEMPAT PERTAMA     : Farihah binti Zulkifli (Wilayah Persekutuan)
TEMPAT KEDUA        : Siti Hajar Nabilah binti Mohd Darha (Selangor)   
TEMPAT KETIGA        : Zainab binti Sapiuddin (Sabah)
 
 
1-20 JUZUK (LELAKI)
 
TEMPAT PERTAMA     : Mohd Iqram bin Niyaz Ahmad (Kelantan)          
TEMPAT KEDUA        : Mohamad Fida’iy bin Zainal Abidin(Kedah)
TEMPAT KETIGA        : Muhamad Khairul Razikin bin Abdul Razak (Sabah)
                                                                      
                        
1-20 JUZUK (PEREMPUAN)
 
TEMPAT PERTAMA     : Farah Nabilah binti Amindin (Selangor)   
TEMPAT KEDUA        : Khairunnisah binti Zaini (Johor)
TEMPAT KETIGA        : Nur Amalina binti Azharuddin (Melaka)    
                          
                     
1-30 JUZUK (LELAKI)
         
TEMPAT PERTAMA     : Ahmad Mujahid bin Salleh Sani (Wilayah Persekutuan)
TEMPAT KEDUA        : Muhammad Hariz Syazwan bin Mohd Arifin (Kelantan)  
TEMPAT KETIGA        : Mohd Labib bin Mohamad Anuar (Selangor)
                                     
 
1-30 JUZUK (PEREMPUAN)
 
TEMPAT PERTAMA     : Siti Nadhira binti Mohd Shafie (Selangor)
TEMPAT KEDUA        : Mazian binti Abu Bakar (Wilayah Persekutuan)   
TEMPAT KETIGA        : Siti Farhana binti Zainudin (Melaka)
 
 
MHQK-31-1
 
MHQK-31-2
 
MHQK-31-3
 
MHQK-31-4
 
MHQK-31-5
 
MHQK-31-6
 
MHQK-31-7
 
MHQK-31-8
 
MHQK-31-9
 

Hakcipta © 2014 JAKIM. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : JAKIM tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

1329446810 Maps

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 4-9 Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519, Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
Telefon : 03-8886 4000
Fax : 03-8889 2039
Email : alquran@islam.gov.my
Peta : Klik sini

1329446830 Stocks

Jumlah Pelawat

03259215
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
700
1507
9456
3236694
35903
93825
3259215

1329447003 Things

Kemaskini Terkini :
29 April 2015

Paparan Terbaik :
Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 4+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024. Boleh juga dilayari di telefon pintar atau gajet pintar yang lain (Responsive Design)