Print

Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-33 Tahun 1433H/2012M

Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan merupakan salah satu acara tahunan Kerajaan bertujuan mendekatkan masyarakat Islam dan mencintai kitab suci al-Quran di samping mengaplikasikan pembudayaan minat membaca dan menghafaz Al-Quran. Di saat kemajuan teknologi dan globalisasi yang mencabar ketika ini, masyarakat Islam amat digalakkan mengikutinya tanpa mengabaikan al-Quran dengan menjadikan bacaannya sebagai rutin harian seterusnya dapat membentuk generasi Al-Quran yang beriman, bertaqwa dan berilmu. Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan dengan kerjasama pihak kerajaan negeri Perlis telah diadakan dengan jayanya berlangsung selama lima hari iaitu bermula pada 13 hingga 17 April 2012 yang lalu bertempat di Dewan Warisan, Kangar. Pembukaan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1433H/2012M telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Md Isa bin Sabu, Menteri Besar Perlis. Manakala Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis.
 
Memetik ucapan alu-aluan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Majlis Perasmian majlis tersebut, pengajian tahfiz telah mendapat tempat istimewa dengan wujudnya institusi tahfiz al-Quran di bawah kelolaan Kerajaan Pusat, Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri dan institusi tahfiz swasta. Di samping itu, terdapat banyak sekolah menengah yang menggabungkan akademik dan tahfiz dalam kurikulum pengajian seperti MRSM Ulu al-Bab dan Sekolah Menengah Sains Tahfiz. Sehingga kini sebanyak 323 buah institusi tahfiz yang berdaftar di Malaysia. 36 buah daripadanya ialah institusi tahfiz di bawah Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri dengan jumlah pelajar dianggarkan melebihi 15,000 orang. Selaras dengan titah ucapan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah, di negara kita, peluang buat para huffaz terbuka luas. Terdapat lebih kurang 5000 buah masjid dan maahad tahfiz yang membuka ruang dan peluang untuk menjadi tenaga pengajar. Di samping itu, di institusi pengajian tinggi juga memerlukan penempatan para penghafaz untuk berkhidmat dan menyarankan kepada Kerajaan supaya menggalakkan maahad tahfiz menawarkan sijil-sijil pelajaran yang diiktiraf oleh Kerajaan seperti SPM untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kelak sama ada di dalam mahupun luar Negara, berikhtiar menghasilkan golongan professional yang huffaz Al-Quran, serta mewujudkan sebuah Pusat Pengajian Tinggi Al-Quran bertaraf universiti untuk para penghafaz.
 
Keputusan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-33 Tahun 1433H/2012M yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim merangkap Pengerusi Jemaah Hakim dengan catatan keputusan seperti berikut:
 
A. KATEGORI 1 - 10 JUZUK (LELAKI)
 
TEMPAT PERTAMA:
NAMA : MUHAMMAD HAFIZ BIN SOBRI
NEGERI : PERAK
MARKAH : 98.20 %
 
TEMPAT KEDUA:
NAMA : AMINUL GHAZALI BIN JAWAWI
NEGERI : SELANGOR
MARKAH : 98.05 %
 
TEMPAT KETIGA:
NAMA : AMZANIL SHAH BIN ARNIZAM SHAH
NEGERI : PAHANG
MARKAH : 97.37 %
 
 
B. KATEGORI 1 - 10 JUZUK (PEREMPUAN)
 
TEMPAT PERTAMA:
NAMA : NURUL AIN NABILAH BINTI NORSHAM
NEGERI : MELAKA
MARKAH : 98.01 %
 
TEMPAT KEDUA:
NAMA : SUMAIYAH NAJIHAH BINTI MOHD ZAINI
NEGERI : SELANGOR
MARKAH : 97.79 %
 
TEMPAT KETIGA:
NAMA : MARYAM BINTI AHMAD LUTFI
NEGERI : NEGERI SEMBILAN
MARKAH : 96.91 %
 
 
C. KATEGORI 1 - 20 JUZUK (LELAKI)
 
TEMPAT PERTAMA:
NAMA : NU'MAN ZAKI BIN MOHD ZAKI
NEGERI : KELANTAN
MARKAH : 97.98 %
 
TEMPAT KEDUA:
NAMA : MOHAMAD OMAR BIN MANSU
NEGERI : PULAU PINANG
MARKAH : 97.01 %
 
TEMPAT KETIGA:
NAMA : MUHAMMAD ZUL AKMAL BIN ABD LATIF
NEGERI : SELANGOR
MARKAH : 96.70 %
 
 
D. KATEGORI 1 - 20 JUZUK (PEREMPUAN)
 
TEMPAT PERTAMA:
NAMA : KHAIRUNNISA BINTI ZAINI
NEGERI : JOHOR
MARKAH : 96.88 %
 
TEMPAT KEDUA:
NAMA : RADHIAH BINTI AB. RAHMAN
NEGERI : KELANTAN
MARKAH : 95.88 %
 
TEMPAT KETIGA:
NAMA : UMAIMAH BINTI TAJUL ARIFIN
NEGERI : TERENGGANU
MARKAH : 95.31 %
 
 
E. KATEGORI 1 - 30 JUZUK (LELAKI)
 
TEMPAT PERTAMA:
NAMA : MUHAMAD IZZUL BIN ZAHIDI
NEGERI : MELAKA
MARKAH : 97.18 %
 
TEMPAT KEDUA:
NAMA : MUHAMMAD KHAIRUL RAZIKIN BIN ABDUL RAZAK
NEGERI : SABAH
MARKAH : 95.75 %
 
TEMPAT KETIGA:
NAMA : KHAIRUL ANUAR BIN MOHD DAHNAN
NEGERI : PERAK
MARKAH : 94.85 %
 
 
F. KATEGORI 1 - 30 JUZUK (PEREMPUAN)
 
TEMPAT PERTAMA:
NAMA : JUEZIATUL HUSNA BINTI ARIFFIN
NEGERI : TERENGGANU
MARKAH : 95.48 %
 
TEMPAT KEDUA:
NAMA : IZZAH NAFISAH BINTI ISMAIL
NEGERI : SELANGOR
MARKAH : 91.00 %
 
TEMPAT KETIGA:
NAMA : HASANAH BINTI MUHAMAD
NEGERI : KELANTAN
MARKAH : 90.00 %
 
 
Bagi para pemenang dan penerima saguhati akan menerima hadiah dan cenderamata seperti ketetapan berikut:
 
KATEGORI 1 HINGGA 30 JUZUK:
 
1. Johan : Hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.00, piala iringan, pakej menunaikan haji, cenderemata dan sijil
2. Naib Johan : Hadiah wang tunai sebanyak RM7,000.00, cenderamata dan sijil
3. Tempat Ketiga : Hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.00, cenderamata dan sijil
4. Saguhati : Hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.00, cenderamata dan sijil
 
 
KATEGORI 1 HINGGA 20 JUZUK:

1. Johan : Hadiah wang tunai sebanyak RM6,000.00, pakej menunaikan umrah, cenderemata dan sijil
2. Naib Johan : Hadiah wang tunai sebanyak RM4,000.00, cenderamata dan sijil
3. Tempat Ketiga : Hadiah wang tunai sebanyak RM2,500.00, cenderamata dan sijil
4. Saguhati : Hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.00, cenderamata dan sijil
 

KATEGORI 1 HINGGA 10 JUZUK:

1. Johan : Hadiah wang tunai sebanyak RM4,000.00, cenderemata dan sijil
2. Naib Johan : Hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.00, cenderamata dan sijil
3. Tempat Ketiga : Hadiah wang tunai sebanyak RM2,000.00, cenderamata dan sijil
4. Saguhati : Hadiah wang tunai sebanyak RM800.00, cenderamata dan sijil
 
 
MHQK 33-1
 
MHQK 33-2 MHQK 33-3
 
MHQK 33-4
 
MHQK 33-5 MHQK 33-6
 
MHQK 33-7 MHQK 33-8
 
MHQK 33-9
 
MHQK 33-10 MHQK 33-11
 
MHQK 33-12 MHQK 33-13
 
MHQK 33-14 MHQK 33-15
 
MHQK 33-16
 
MHQK 33-17 MHQK 33-18
 
MHQK 33-19 MHQK 33-20
 
 
 

Hakcipta © 2014 JAKIM. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : JAKIM tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

1329446810 Maps

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 4-9 Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519, Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
Telefon : 03-8886 4000
Fax : 03-8889 2039
Email : alquran@islam.gov.my
Peta : Klik sini

1329446830 Stocks

Jumlah Pelawat

03259108
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
593
1507
9349
3236694
35796
93825
3259108

1329447003 Things

Kemaskini Terkini :
29 April 2015

Paparan Terbaik :
Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 4+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024. Boleh juga dilayari di telefon pintar atau gajet pintar yang lain (Responsive Design)