Print

Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2016M

Sabtu 20 Feb - Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-37 Tahun 1437H/2016M anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kerajaan Negeri Perak telah berlangsung dengan jayanya bermula pada 15 hingga 20 Februari 2016 bersamaan 6 hingga 11 Jamadil Awal 1437H bertempat di Pusat Konvensyen Aman Jaya, Casuarina, Meru, Perak.
 
Majlis yang berprestij ini telah menyaksikan penyertaan dari semua 14 buah negeri di Malaysia termasuklah Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Majlis ini telah menyaksikan sebanyak 3 kategori lelaki dan wanita dipertandingkan mengikut 3 tahap seperti berikut iaitu:
 
i. Tahap 1 : Juzuk 1 – 10
ii. Tahap 2 : Juzuk 1 – 20
iii. Tahap 3 : Juzuk 1 – 30
 
 
Setiap negeri telah menghantar wakil masing-masing menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 73 orang peserta. Kesemua peserta adalah berumur di antara 7 hingga 25 tahun. Majlis Menghafaz Al-Quran ini telah diadakan dalam dua sesi iaitu sesi pagi (9.00 hingga 11.00 pagi) dan sesi malam (9.00 – 11.00 malam) bermula pada 01 hingga 05 Mac 2015 (Ahad - Khamis).
 
Hadiah lumayan telah disampaikan kepada Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga serta saguhati mengikut kategori lelaki dan wanita seperti berikut:
 
Kategori Menghafaz Juzuk 1 – 30

i. Johan : Pakej menunaikan haji, wang tunai RM 10,000, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan.
ii.Naib Johan : Wang tunai RM 7,000, cenderamata dan sijil penyertaan.
iii.Tempat Ketiga : Wang tunai RM 5,000, cenderamata dan sijil penyertaan.
iv.Saguhati : Wang tunai RM 2,000, cenderamata dan sijil penyertaan kepada semua peserta.
 
 
Kategori Menghafaz Juzuk 1 – 20

i.Johan : Pakej menunaikan umrah, wang tunai RM 6,000, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan.
ii.Naib Johan : Wang tunai RM 4,000, cenderamata dan sijil penyertaan.
iii.Tempat Ketiga : Wang tunai RM 2,500, cenderamata dan sijil penyertaan.
iv.Saguhati : Wang tunai RM 1,000, cenderamata dan sijil penyertaan kepada semua peserta.
 
 
Kategori Menghafaz Juzuk 1 – 10

i.Johan : Wang tunai RM 4,000, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan.
ii.Naib Johan : Wang tunai RM 3,000, cenderamata dan sijil penyertaan.
iii.Tempat Ketiga : Wang tunai RM 2000, cenderamata dan sijil penyertaan.
iv.Saguhati : Wang tunai RM 800, cenderamata dan sijil penyertaan kepada semua peserta.
 
 
Pemilihan peserta bagi setiap negeri telah dipilih melalui saringan peringkat negeri masing-masing melalui pemilihan dan persaingan yang sengit antara peserta yang terlibat.
 
Para peserta telah dinilai oleh barisan 17 orang juri yang berkaliber dan berpengalaman dalam bidang hafazan dengan jemaah hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jakim; Y.Bhg. Dato' Haji Othman bin Mustapha. Para juri telah mengambil kira aspek kelancaran hafazan, hukum tajwid, fasohah, suara, persembahan dan tarannum.
 
Majlis yang bertemakan "Perpaduan Nadi Transformasi Negara" ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Drs. Mohd Nizar bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri Perak Darul Ridzuan pada 16 Feb 2016 (Selasa) jam 9.00 malam. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan, badan Berkanun dan juga Swasta.
 
Manakala pada 20 Feb 2016 (Sabtu) pula, Majlis Penutup dan Pengurniaan Hadiah telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan.
 
Berikut adalah keputusan penuh Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-37 Tahun 1437H/2016M:
 
TAHAP 1 : 1-10 JUZUK (LELAKI)
 
JOHAN
NAMA : AHMAD AIDIL LUQMAN BIN NOR ISMAL
PERATUS : 98.34%
NEGERI : SELANGOR
 
NAIB JOHAN
NAMA : NUR AIMAN NAIM BIN MOHAMMAD KAMARUL ARIFFIN
PERATUS : 98.03%
NEGERI : NEGERI SEMBILAN
 
KETIGA
NAMA : AHMAD HAMBALI BIN ABDUL KADIR
PERATUS : 98.00%
NEGERI : MELAKA
 
 
TAHAP 1 : 1-10 JUZUK (WANITA)
 
JOHAN
NAMA : FAKHIRA IZZAH BINTI FAHMI
PERATUS : 97.49%
NEGERI : SELANGOR
 
NAIB JOHAN
NAMA : HUSNA MARDHIYYAH BINTI MOHD FAUZI
PERATUS : 97.31%
NEGERI : TERENGGANU
 
KETIGA
NAMA : AIZA NABILAH BINTI AHMAD KHAIRUDDIN
PERATUS : 97.10%
NEGERI : PERAK
 
 
TAHAP 1 : 1-20 JUZUK (LELAKI)
 
JOHAN
NAMA : SYAZRI MUHAMMAD HUSNI BIN MOHD SHARONI
PERATUS : 99.18%
NEGERI : SELANGOR
 
NAIB JOHAN
NAMA : MUHAMMAD HILMY BIN MUHAMAD KHALIL
PERATUS : 98.03%
NEGERI : PAHANG
 
KETIGA
NAMA : MUAZ BIN NADSARUDIN
PERATUS : 96.93%
NEGERI : KEDAH
 
 
TAHAP 1 : 1-20 JUZUK (WANITA)
 
JOHAN
NAMA : PUTRI AMINAH BINTI MOHD HANIF
PERATUS : 98.40%
NEGERI : KELANTAN
 
NAIB JOHAN
NAMA : PUTRI NUR NADIA BINTI BAKRI
PERATUS : 96.26%
NEGERI : WILAYAH PERSEKUTUAN
 
KETIGA
NAMA : AINUZZAHIRAH BINTI ZULKARNAIN
PERATUS : 94.78%
NEGERI : PULAU PINANG
 
 
TAHAP 1 : 1-30 JUZUK (LELAKI)
 
JOHAN
NAMA : MOHAMAD OMAR BIN MANSU
PERATUS : 96.95%
NEGERI : SELANGOR
 
NAIB JOHAN
NAMA : ABDUL WAFI AZZAKI BIN SINWAN
PERATUS : 96.60%
NEGERI : MELAKA
 
KETIGA
NAMA : MUHAMMAD HAZIQ BIN MOHAMMAD DZULKHAIRY
PERATUS : 95.95%
NEGERI : PAHANG
 
 
TAHAP 1 : 1-30 JUZUK (WANITA)
 
JOHAN
NAMA : FARIHAH BINTI ZULKIFLI
PERATUS : 96.84%
NEGERI : WILAYAH PERSEKUTUAN
 
NAIB JOHAN
NAMA : AINUL MARDHIAH BINTI MD PAKHRURRAZI
PERATUS : 94.10%
NEGERI : SELANGOR
 
KETIGA
NAMA : NUR AMALINA BT AZHARUDDIN
PERATUS : 89.63%
NEGERI : MELAKA
 
 
MHQK 37-1
 
MHQK 37-2
 
MHQK 37-3
 
MHQK 37-4
 
 

Hakcipta © 2014 JAKIM. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : JAKIM tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

1329446810 Maps

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 4-9 Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519, Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
Telefon : 03-8886 4000
Fax : 03-8889 2039
Email : alquran@islam.gov.my
Peta : Klik sini

1329446830 Stocks

Jumlah Pelawat

02610807
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
738
3509
738
2586504
76500
108209
2610807

1329447003 Things

Kemaskini Terkini :
29 April 2015

Paparan Terbaik :
Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 4+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024. Boleh juga dilayari di telefon pintar atau gajet pintar yang lain (Responsive Design)