Print

Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1436H/2015M

Jumaat 5 Mac - Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-36 Tahun 1436H/2015 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kerajaan Negeri Kedah telah berlangsung dengan jayanya bermula pada 01 hingga 05 Mac 2015 bersamaan 10 hingga 14 Jamadil Awal 1436H bertempat di Dewan Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah, Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah.
 
Majlis yang berprestij ini telah menyaksikan penyertaan dari semua 14 buah negeri di Malaysia termasuklah Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Majlis ini telah menyaksikan sebanyak 3 kategori lelaki dan wanita dipertandingkan mengikut 3 tahap seperti berikut iaitu:
 
i. Tahap 1 : Juzuk 1 – 10
ii. Tahap 2 : Juzuk 1 – 20
iii. Tahap 3 : Juzuk 1 – 30
 
Setiap negeri telah menghantar wakil masing-masing menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 73 orang peserta. Kesemua peserta adalah berumur di antara 7 hingga 25 tahun. Majlis Menghafaz Al-Quran ini telah diadakan dalam dua sesi iaitu sesi pagi (9.00 hingga 11.00 pagi) dan sesi malam (9.00 – 11.00 malam) bermula pada 01 hingga 05 Mac 2015 (Ahad - Khamis).
 
Hadiah lumayan telah disampaikan kepada Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga serta saguhati mengikut kategori lelaki dan wanita seperti berikut:
 
Kategori Menghafaz Juzuk 1 – 30

i. Johan : Pakej menunaikan haji, wang tunai RM 10,000, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan.
ii.Naib Johan : Wang tunai RM 7,000, cenderamata dan sijil penyertaan.
iii.Tempat Ketiga : Wang tunai RM 5,000, cenderamata dan sijil penyertaan.
iv.Saguhati : Wang tunai RM 2,000, cenderamata dan sijil penyertaan kepada semua peserta.
 
 
Kategori Menghafaz Juzuk 1 – 20

i.Johan : Pakej menunaikan umrah, wang tunai RM 6,000, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan.
ii.Naib Johan : Wang tunai RM 4,000, cenderamata dan sijil penyertaan.
iii.Tempat Ketiga : Wang tunai RM 2,500, cenderamata dan sijil penyertaan.
iv.Saguhati : Wang tunai RM 1,000, cenderamata dan sijil penyertaan kepada semua peserta.
 
 
Kategori Menghafaz Juzuk 1 – 10

i.Johan : Wang tunai RM 4,000, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan.
ii.Naib Johan : Wang tunai RM 3,000, cenderamata dan sijil penyertaan.
iii.Tempat Ketiga : Wang tunai RM 2000, cenderamata dan sijil penyertaan.
iv.Saguhati : Wang tunai RM 800, cenderamata dan sijil penyertaan kepada semua peserta.
 
Pemilihan peserta bagi setiap negeri telah dipilih melalui saringan peringkat negeri masing-masing melalui pemilihan dan persaingan yang sengit antara peserta yang terlibat.
 
Para peserta telah dinilai oleh barisan 17 orang juri yang berkaliber dan berpengalaman dalam bidang hafazan dengan jemaah hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jakim; Y.Bhg. Dato' Haji Othman bin Mustapha. Para juri telah mengambil kira aspek kelancaran hafazan, hukum tajwid, fasohah, suara, persembahan dan tarannum.
 
Majlis yang bertemakan "Perpaduan Nadi Transformasi Negara" ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Haji Mukhriz bin Tun Mahathir; Menteri Besar Kedah pada 02 Mac 2015 (Isnin) jam 9.00 malam. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan, badan Berkanun dan juga Swasta.
 
Manakala pada 05 Mac 2015 (Khamis) pula, Majlis Penutup dan Pengurniaan Hadiah telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Dato' Seri Di Raja Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman.
 
Berikut adalah keputusan penuh Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-36 Tahun 1436H/2015M:
 
Tahap 1 : 1-10 Juzuk (Lelaki)
 
Johan
Nama : Mohd Rashid Ridha bin Mohd Shukri
Markah : 99.04%
Negeri : Wilayah Persekutuan
 
Naib Johan
Nama : Nashraf Ideen bin Nahar
Markah : 98.67%
Negeri : Sabah
 
Ketiga
Nama : Ahmad Hambali bin Abdul Kadir
Markah : 98.11%
Negeri : Melaka
 
 
Tahap 1 : 1-10 Juzuk (Wanita)
 
Johan
Nama : Nursyafiqah binti Mohamad Soid
Markah : 97.10%
Negeri : Pahang
 
Naib Johan
Nama : Fathiah binti Ahmad Fuad
Markah : 96.95%
Negeri : Negeri Sembilan
 
Ketiga
Nama : Dina Hadfina binti Mohd Umarul Hisyam
Markah : 96.33%
Negeri : Melaka
 
 
Tahap 1 : 1-20 Juzuk (Lelaki)
 
Johan
Nama : Wan Muhammad Rafiq bin Wan Roslan
Markah : 98.23%
Negeri : Kelantan
 
Naib Johan
Nama : Muhammad Zul Akmal bin Abd Latif
Markah : 96.43%
Negeri : Selangor
 
Ketiga
Nama : Muhamad Insanullah bin Zahidi
Markah : 96.43%
Negeri : Melaka
 
 
Tahap 1 : 1-20 Juzuk (Wanita)
 
Johan
Nama : Putri Nur Nadia binti Bakri
Markah : 98.26%
Negeri : Negeri Sembilan
 
Naib Johan
Nama : Putri Aminah binti Mohd Hanif
Markah : 96.73%
Negeri : Kelantan
 
Ketiga
Nama : Asma binti Abdullah
Markah : 95.63%
Negeri : Terengganu
 
 
Tahap 1 : 1-30 Juzuk (Lelaki)
 
Johan
Nama : Muhammad Syazani bin Jemy
Markah : 97.41%
Negeri : Johor
 
Naib Johan
Nama : Mohamad Omar bin Mansu
Markah : 97.23%
Negeri : Negeri Sembilan
 
Ketiga
Nama : Muhammad Ismail bin Hassanuddin
Markah : 95.08%
Negeri : Selangor
 
 
Tahap 1 : 1-30 Juzuk (Wanita)
 
Johan
Nama : Farihah bin Zulkifili
Markah : 95.43%
Negeri : Wilayah Persekutuan
 
Naib Johan
Nama : Nadiroh binti Asri
Markah : 94.93%
Negeri : Selangor
 
Ketiga
Nama : Nur Amalina binti Azharuddin
Markah : 93.03%
Negeri : Melaka
 
 
MHQK 36 2015 -1
 
MHQK 36 2015 -2
 
MHQK 36 2015 -3
 
MHQK 36 2015 -4
 
MHQK 36 2015 -5
 
MHQK 36 2015 -6
 
 

Hakcipta © 2014 JAKIM. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : JAKIM tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

1329446810 Maps

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 4-9 Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519, Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
Telefon : 03-8886 4000
Fax : 03-8889 2039
Email : alquran@islam.gov.my
Peta : Klik sini

1329446830 Stocks

Jumlah Pelawat

03259164
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
649
1507
9405
3236694
35852
93825
3259164

1329447003 Things

Kemaskini Terkini :
29 April 2015

Paparan Terbaik :
Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 4+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024. Boleh juga dilayari di telefon pintar atau gajet pintar yang lain (Responsive Design)