Print

Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2014M

Shah Alam, Selangor 14 Mac 2014. Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj Al Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj menitahkan agar ibu bapa dan pihak pengurusan tahfiz supaya memastikan pelajar-pelajar dilengkapkan juga dengan ilmu akademik dan didedahkan dengan teknologi serta perkembangan semasa agar mereka dapat bersaing untuk menghadapi cabaran hidup pada masa yang mendatang. "Umat Islam negara ini pasti akan berbangga kerana mempunyai para doktor, jurutera dan ahli cendekiawan yang bukan sahaja boleh menghafaz Al-Quran tetapi berupaya menyelidik dan membongkar rahsia Al-Quran untuk kemajuan hidup,".Baginda bertitah demikian ketika merasmikan penutupan dan pengurniaan hadiah kepada peserta Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke 35 Tahun 1435H/2014M. Titah Baginda adalah selaras dengan tema Majlis Menghafaz Al Quran Peringkat Kebangsaan pada kali ini iaitu "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" yang mana umat Islam mestilah menjadi umat yang terbaik dalam melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi ini.
 
Majlis selama lima hari yang bermula pada 10 – 14 Mac 2014 bertempat di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor pada 10 Mac 2014. Turut hadir ialah YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Hj. Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YBhg.Dato' Hj.Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jakim, YBhg Dato' Hj. Mohammed Khusrin Bin Hj. Munawi, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tuan Hj. Zaharin Bin Mohd Saad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor serta Ketua-Ketua Jabatan di peringkat persekutuan dan negeri.
 
Pada kali ini seramai 70 orang peserta dari seluruh negara menyertai majlis ini yang terdiri dari 39 orang peserta perempuan, 31 orang peserta lelaki manakala seramai 15 orang Jemaah Hakim yang bertanggungjawab memilih peserta yang terbaik bagi setiap kategori. Dianggarkan lebih 5000 orang pengunjung telah hadir sepanjang majlis tersebut berlangsung terutama pelajar-pelajar tahfiz sekitar Shah Alam dan Klang.
 
Berikut adalah keputusan penuh Majlis Menghafaz Al Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke 35 Tahun 1435H/2014M;
 
1. KATEGORI 1 – 10 JUZUK (LELAKI)
 
TEMPAT PERTAMA
NAMA : MUHAMMAD ZULHILMIBIN AB RAHMAN
NEGERI : KELANTAN
MARKAH : 98.54%
 
TEMPAT KEDUA
NAMA : U'BAID BIN MOHD ASRI
NEGERI : PERLIS
MARKAH : 98.20%
 
TEMPAT KETIGA
NAMA : NASYHRAF IDEEN BIN NAHAR
NEGERI : SELANGOR
MARKAH : 97.68%
 
 
2. KATEGORI 1 – 10 JUZUK (PEREMPUAN)
 
TEMPAT PERTAMA
NAMA : PUTRI AMINAH BINTI MOHD ANIF
NEGERI : KELANTAN
MARKAH : 98.12%
 
TEMPAT KEDUA
NAMA : SUMAIYAH NAJIHAH BINTI MOHD ZAINI
NEGERI : SELANGOR
MARKAH : 97.70%
 
TEMPAT KETIGA
NAMA : FATHINIZZATI BINTIFAHMI
NEGERI : NEGERISEMBILAN
MARKAH : 95.25%
 
 
3. KATEGORI 1 -2O JUZUK (LELAKI)
 
TEMPAT PERTAMA
NAMA : MUHAMMAD SYAZANIBIN JEMY
NEGERI : NEGERISEMBILAN
MARKAH : 98.18%
 
TEMPAT KEDUA
NAMA : ADBUL WAFI AZZAKI BIN SINWAN
NEGERI : MELAKA
MARKAH : 97.38%
 
TEMPAT KETIGA
NAMA : MUAZ BIN NADSARUDIN
NEGERI : PERAK
MARKAH : 96.80%
 
 
4. KATEGORI 1 20 JUZUK (PEREMPUAN)
 
TEMPAT PERTAMA
NAMA : SITIHAJAR NABILAH BINTI MOHD DARHA
NEGERI : SELANGOR
MARKAH : 94.95%
 
TEMPAT KEDUA
NAMA : FARAH FAQIHAH BINTI MOHD IQBAL
NEGERI : PAHANG
MARKAH : 93.68%
 
TEMPAT KETIGA
NAMA : SITI AISHAH BINTI ZOLKIFLI
NEGERI : KEDAH
MARKAH : 89.38%
 

5. KATEGORI 1 – 30 JUZUK (LELAKI)
 
TEMPAT PERTAMA
NAMA : MOHD ERSYAD BIN ABDULLAH
NEGERI : KEDAH
MARKAH : 97.15%
 
TEMPAT KEDUA
NAMA : KHAIRUL ANUAR BIN MOHD DAHNAN
NEGERI : PERAK
MARKAH : 97.13%
 
TEMPAT KETIGA
NAMA : MOHAMAD OMAR BIN MANSU
NEGERI : NEGERISEMBILAN
MARKAH : 96.40%
 
 
6. KATEGORI 1 -30 JUZUK (PEREMPUAN)
 
TEMPAT PERTAMA
NAMA : NORHAAFIZAH BINTI MOHD SHAFIE
NEGERI : SELANGOR
MARKAH : 95.93%
 
TEMPAT KEDUA
NAMA : NUR MUNIRAH BINTI MOHD NOR
NEGERI : KELANTAN
MARKAH : 94.45%
 
TEMPAT KETIGA
NAMA : MAZIAN BINTI ABU BAKAR
NEGERI : WILAYAH PERSEKUTUAN
MARKAH : 94.38%
 
MHQK 35 2014-1
 
MHQK 35 2014-2
 
MHQK 35 2014-3
 
MHQK 35 2014-4
 
MHQK 35 2014-5
 
MHQK 35 2014-6
 
MHQK 35 2014-7
 
MHQK 35 2014-8
 
MHQK 35 2014-9
 
 

Hakcipta © 2014 JAKIM. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : JAKIM tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

1329446810 Maps

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 4-9 Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519, Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
Telefon : 03-8886 4000
Fax : 03-8889 2039
Email : alquran@islam.gov.my
Peta : Klik sini

1329446830 Stocks

Jumlah Pelawat

03259194
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
679
1507
9435
3236694
35882
93825
3259194

1329447003 Things

Kemaskini Terkini :
29 April 2015

Paparan Terbaik :
Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 4+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024. Boleh juga dilayari di telefon pintar atau gajet pintar yang lain (Responsive Design)