Print

Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran Peringkat Zon Malaysia Timur Sarawak Tahun 1434H/2013M

Tilawah Al-Quran Malaysia 001

Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Malaysia Timur (Sarawak) bagi tahun 2013, telah diadakan di Hotel Grand Continental Kuching Sarawak, bermula dari 01 hingga 04 April 2013. Kursus ini telah dihadiri seramai 36 orangpeserta dari negeri Sarawakyang terdiri daripada qari dan qariah yang berbakat besar dalam pembacaan al-Quran.

Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran bacaan al-Quran para peserta yang merangkumi bidang tajwid, fasohah, tarannum dan seni suara. Empat slot ceramah dan bengkel telah dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator yang berpengalaman iaitu YBhg. Dato’ Solahuddin bin Omar, YBhg. Dato’ Muhammad bin Hasri, YBhg. Tuan Haji Ismawi bin Duet dan YBhg. Hajah Amnah binti Ayop.

Semua peserta yang mengikuti Kursus Tahsin Bacaan al-Quran pada kali ini telah menduduki ujian yang telah ditetapkan oleh pihak urus setia kursus bagi memastikan penilaian secara objektif dijalankan secara berkesan.

Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Fadillah bin Haji Yusuf, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia. Dalam ucapannya, beliau menegaskan betapa perlunya para peserta terus mempertingkat kemahiran dan kualiti pembacaan al-Quran agar dapat mengharumkan nama negara melalui majlis tilawah yang disertai. Beliau juga berharap kursus ini dapat membina barisan pelapis yang berwibawa dan bersemangat tinggi dalam bidang pembacaan al-Quran.

Majlis tersebut juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Bahagian Perhubungan, Jakim iaitu Tuan Haji Abu Zamir bin Ismail, Ustaz Abdul Hamid bin Mohamed Salleh (Pengarah Jakim Cawangan Sarawak) dan Tuan Haji Rasli bin Sahran (Setiausaha Majlis Islam Sarawak) serta pegawai-pegawai kanan yang lain.

  • Zon Malaysia Timur Sarawak _1
  • Author: No Data
  • Rating: No Votes 
  • Comments: 0
  • Description: Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran Peringkat Zon Malaysia Timur Sarawak Tahun 1434H/2013M
  • Zon Malaysia Timur Sarawak _2
  • Author: No Data
  • Rating: No Votes 
  • Comments: 0
  • Description: Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran Peringkat Zon Malaysia Timur Sarawak Tahun 1434H/2013M
  • Zon Malaysia Timur Sarawak _3
  • Author: No Data
  • Rating: No Votes 
  • Comments: 0
  • Description: Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran Peringkat Zon Malaysia Timur Sarawak Tahun 1434H/2013M
  • Zon Malaysia Timur Sarawak _4
  • Author: No Data
  • Rating: No Votes 
  • Comments: 0
  • Description: Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran Peringkat Zon Malaysia Timur Sarawak Tahun 1434H/2013M
  • Zon Malaysia Timur Sarawak _5
  • Author: No Data
  • Rating: No Votes 
  • Comments: 0
  • Description: Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran Peringkat Zon Malaysia Timur Sarawak Tahun 1434H/2013M

Hakcipta © 2014 JAKIM. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : JAKIM tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

1329446810 Maps

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 4-9 Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519, Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
Telefon : 03-8886 4000
Fax : 03-8889 2039
Email : alquran@islam.gov.my
Peta : Klik sini

1329446830 Stocks

Jumlah Pelawat

03259185
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
670
1507
9426
3236694
35873
93825
3259185

1329447003 Things

Kemaskini Terkini :
29 April 2015

Paparan Terbaik :
Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 4+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024. Boleh juga dilayari di telefon pintar atau gajet pintar yang lain (Responsive Design)