Print

Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran Peringkat Zon Timur Tahun 1434H/2013M

Tilawah Al-Quran Malaysia 002

Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Timur, bagi tahun 2013 telah diadakan dengan jayanya di Institut Latihan Islam Malaysia Cawangan Timur, iaitu dari 25 hingga 28 Mac 2013 yang lalu. Kursus yang melibatkan seramai 38 orangpeserta dari negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang ini terdiri dari kalangan qari dan qariah yang berbakat besar dalam pembacaan al-Quran di negeri masing-masing.  

Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran ini dianjurkan bagi memastikan hasrat pihak kerajaan untuk melahirkan para qari dan qariah yang memiliki tahap bacaan yang lebih baik, berkualiti tinggi dan lebih sempurna dapat direalisasikan. Justeru, bagi memastikan peserta menerima pendedahan secukupnya khusus dalam penguasaan ilmu-ilmu berkaitan tilawah al-Quran, gaya persembahan dan teknik bacaan yang berkesan, sebanyak empat slot ceramah dan bengkel telah dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator yang berpengalaman iaitu Tuan Haji Abdul Rahim bin Haji Ahmad, En Muhammad Hussin bin Mohd Yunus, Tuan Haji Abdul Ba’ari bin Abdullah dan Puan Hajjah Faridah binti Mat Saman.

Selain itu, semua peserta yang mengikuti Kursus Tahsin Bacaan al-Quran pada kali ini telah menduduki ujian yang telah ditetapkan oleh pihak urus setia kursus bagi memastikan penilaian secara objektif dijalankan secara berkesan.

Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Rozali bin Salleh, Pesuruhjaya, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu. Turut hadir sama memberikan sokongan dan memeriahkan majlis ialah Encik Ahmad Najme bin Muhammad (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perhubungan, Jakim), Ustaz Mokhtar bin A. Rahman (Pengarah ILIM Cawangan Timur) dan pegawai-pegawai kanan yang lain.

Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ Haji Mohd Rozali bin Salleh menekankan akan kepentingan ilmu al-Quran ini disuburkan dalam masyarakat agar ianya juga menjadi sebahagian daripada medium dakwah yang berkesan. Beliau turut mengharapkan agar para peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran khususnya memantapkan kefahaman dan kemahiran berkaitan mutu bacaan al-Quran supaya lebih berdaya saing, berwibawa dan berpotensi sebagai persediaan menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri, Kebangsaan mahupun peringkat Antarabangsa.

  • Zon Timur_1
  • Author: No Data
  • Rating: No Votes 
  • Comments: 0
  • Description: Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran Peringkat Zon Timur Tahun 1434H/2013M
  • Zon Timur_2
  • Author: No Data
  • Rating: No Votes 
  • Comments: 0
  • Description: Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran Peringkat Zon Timur Tahun 1434H/2013M
  • Zon Timur_3
  • Author: No Data
  • Rating: No Votes 
  • Comments: 0
  • Description: Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran Peringkat Zon Timur Tahun 1434H/2013M
  • Zon Timur_4
  • Author: No Data
  • Rating: No Votes 
  • Comments: 0
  • Description: Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran Peringkat Zon Timur Tahun 1434H/2013M
  • Zon Timur_5
  • Author: No Data
  • Rating: No Votes 
  • Comments: 0
  • Description: Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran Peringkat Zon Timur Tahun 1434H/2013M
  • Zon Timur_6
  • Author: No Data
  • Rating: No Votes 
  • Comments: 0
  • Description: Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran Peringkat Zon Timur Tahun 1434H/2013M
  • Zon Timur_7
  • Author: No Data
  • Rating: No Votes 
  • Comments: 0
  • Description: Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran Peringkat Zon Timur Tahun 1434H/2013M
  • Zon Timur_8
  • Author: No Data
  • Rating: No Votes 
  • Comments: 0
  • Description: Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran Peringkat Zon Timur Tahun 1434H/2013M
  • Zon Timur_9
  • Author: No Data
  • Rating: No Votes 
  • Comments: 0
  • Description: Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran Peringkat Zon Timur Tahun 1434H/2013M

Hakcipta © 2014 JAKIM. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : JAKIM tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

1329446810 Maps

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 4-9 Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519, Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
Telefon : 03-8886 4000
Fax : 03-8889 2039
Email : alquran@islam.gov.my
Peta : Klik sini

1329446830 Stocks

Jumlah Pelawat

03259190
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
675
1507
9431
3236694
35878
93825
3259190

1329447003 Things

Kemaskini Terkini :
29 April 2015

Paparan Terbaik :
Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 4+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024. Boleh juga dilayari di telefon pintar atau gajet pintar yang lain (Responsive Design)