Print

Peserta Malaysia Raih Tempat Ke-5 Pertandingan Hafazan Peringkat Antarabangsa Ke-22 Di Mesir

 

KAHERAH, 23 April 2015; Peserta Malaysia adik Wan Mohd Rafiq Wan Roslan berjaya mendapat tempat kelima dalam kategori 20 juzuk pertandingan hafazan peringkat antarabangsa di Mesir.Beliau berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah EGP15,000.00. Seorang lagi wakil negara Mohd Ismail Hasanuddin pula mendapat tempat ke 16 dalam kategori 30 juzuk

 

Hafazan Mesir 2015

Wan Mohd Rafiq Wan Roslan menerima Sijil Tempat Kelima Kategori 20 Juzuk daripada Prof. Dr. Mokhtar Jumuah - Menteri Wakaf Mesir

_________________________

Berikut sedikit info menarik berhubung The 22nd Universal Holy Quran Competition Organized By Ministry of Al-Awqaf, yang diadakan pada 18 Hingga 23 April 2015 (5 hari), bertempat di Conrad Hotel, Kaherah, Mesir.

1. Perasmian pembukaan disempurnakan oleh IR. Ibrahim Mahlab - Perdana Menteri Mesir

2. Majlis perasmian penutup pula disempurnakan oleh Prof. Dr. Mokhtar Jumuah - Menteri Wakaf Mesir.

3. Sebanyak 4 Kategori telah dipertandingkan iaitu;

a) Kategori Pertama;

Hafazan 30 Juzu', tajwid, taranum, sebab nuzul dan tafsir.

●Johan : Mesir
●Kedua : Maghribi
●Ketiga : Lubnan

b) Kategori Kedua;

Hafazan 30 Juzuk, tajwid, taranum dan tafsir juzuk 30.

●Johan : Mesir
●Kedua : Kenya
Ke-16 : MALAYSIA

c) Kategori Ketiga;

Hafazan 20 Juzuk, tajwid, taranum dan tafsir.

●Johan : Bangladesh
●Kedua : Nigeria
●Ketiga : Indonesia
Kelima : MALAYSIA

d) Kategori Keempat;

Hafazan 10 Juzuk.

●Johan : Bangladesh
●Kedua : Jabon

4. Pertandingan disertai oleh 120 orang peserta, melibatkan 70 buah negara.

5. Jumlah keseluruhan hadiah sebanyak Egyption Pound 1 Juta (RM500.000.00)

☆☆Johan Kategori pertama menerima wang tunai sebanyak EGP100,000.00
Kedua sebanyak EGP70,000.00

☆☆ Johan Kategori kedua menerima wang tunai sebanyak EGP60,000.00
Kedua sebanyak EGP40,000.00

☆☆Johan kategori ketiga menerima wang tunai sebanyak EGP50,000.00
Kedua EGP40,000.00

☆☆Johan kategori keempat menerima wang tunai sebanyak EGP35,000.00
Kedua EGP30,000.00

Hafazan Mesir 20152

Sijil Tempat Kelima Kategori 20 Juzuk

 

Hafazan Mesir 20151

Us. Wan Roslan Wan Hamat mengiringi Anakanda beliau ke Kaherah

 

Hafazan Mesir 20155

Mohd Ismail Hasanuddin mendapat tempat ke 16 dalam kategori 30 juzuk

 

Hafazan Mesir 201524   Suasana di dalam Dewan Majlis di Conrad Hotel City, Kaherah

 

Hafazan Mesir 201523

Pegawai Atase Jakim di Kaherah, Us Abdul Muhaimin bin Mahmood bersama dengan peserta  Malaysia

 

 

 

Hakcipta © 2014 JAKIM. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : JAKIM tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

1329446810 Maps

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 4-9 Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519, Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
Telefon : 03-8886 4000
Fax : 03-8889 2039
Email : alquran@islam.gov.my
Peta : Klik sini

1329446830 Stocks

Jumlah Pelawat

03259181
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
666
1507
9422
3236694
35869
93825
3259181

1329447003 Things

Kemaskini Terkini :
29 April 2015

Paparan Terbaik :
Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 4+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024. Boleh juga dilayari di telefon pintar atau gajet pintar yang lain (Responsive Design)