Print

Haji Ahmad bin Mat Som

johan

Johan Qari Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1380/1961

Latar Belakang Keluarga

Haji Ahmad bin Mat Som dilahirkan pada 1916 di Lubuk Bongor, Pergau dalam daerah Jeli di negeri Kelantan. Beliau lebih dikenali sebagai Haji Ahmad Mat Som Pergau, dan juga Tok Pergau. Perkataan Pergau diambil sempena nama sebatang sungai yang terletak di daerah Jeli.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan awal di Pondok Lebai Deraman, Pasir Mas, Kelantan. Di pondok inilah beliau mula-mula mempelajari tarannum al-Quran. Antara guru tempatan yang sempat beliau menimba ilmu ialah Haji Yusof bin Haji Bulat yang lebih dikenali sebagai Haji Yusof Kedondong, seorang qari istana yang hebat suatu ketika dahulu. Beliau belajar sebahagian lagu-lagi bacaan al-Quran terutama lagu Hijazi daripada guru tersebut.

Beliau kemudiannya merantau ke luar negara, iaitu Mekah selama lebih kurang lima tahun dan ke Mesir selama lebih kurang 15 tahun. Semasa di Mekah, beliau berguru dengan beberapa orang guru. antaranya ialah Syeikh ahmad Hijazi al-Faqih al-Makki, Syeikh Abdul Samad Fidal dan Syeikh Muhammad Abdul Sama al-Jambi. Manakala semasa di MEsir beliau berguru dengan Syeikh Toha al-Fasyni, Syeikh Mahmud Khalil al-Husairi dan Syeikh Abdul Fattah al-Qadhi. Beliau merupakan satu-satunya qari negara yang mempelajari tilawak al-Quran dalam tempoh masa yang agak lama iaitu lebih kurang dua puluh tahun daripada ulama al-Quran yang terkenal mengikut kaedah 'talaqqi dan musyafahah dan mempunyai sanad yang mantap.

Kerjaya

Selepas meraih johan qari Pertandingan Membaca a;-Quran peringkat akebangsaan kali ke 2 pada tahun 1280/1961M, beliau telah terpilih menyertai Pertandingan Membaca al-Quran peringkat antarabangsa pada tahun tersebut yang buat pertama kali diadakan atas ilham YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia masa itu. Dengan kejayaan itu , memberi ruang yang luas untuk beliau melibatkan diri dalam bidang pengajian al-Quran dengan memberi sumbagan besar kepada masyarakat Islam dan negara.

Antara khidmat yang telah beliau berikan ialah :

  • Hakim Majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa
  • Guru al-Quran sepenuh masa di seluruh daerah Kelantan
  • Guru al-Quran di Terengganu

Beliau meninggal dunia pada bulan November 1987 dalam usia 71 tahun. Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Banggol Air Leleh, Batu 6, Tok Jiring, Terengganu. Beliau meninggalkan isteri, Salma binti Abdullah bersama lapan orang anak dan tiga orang anaknya daripada bekas isteri kedua.

Hakcipta © 2014 JAKIM. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : JAKIM tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

1329446810 Maps

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 4-9 Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519, Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
Telefon : 03-8886 4000
Fax : 03-8889 2039
Email : alquran@islam.gov.my
Peta : Klik sini

1329446830 Stocks

Jumlah Pelawat

03259214
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
699
1507
9455
3236694
35902
93825
3259214

1329447003 Things

Kemaskini Terkini :
29 April 2015

Paparan Terbaik :
Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 4+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024. Boleh juga dilayari di telefon pintar atau gajet pintar yang lain (Responsive Design)