Print

Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan

Majlis Tilawah Yang Terawal

Pertandingan Membaca al-Quran se-Melaya pertama kali diperkenalkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) pada 4 September 1947 yang diadakan di Masjid Jami' Abu Bakar, Johor Baharu, Johor. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Ahmad bin Yaakob, Ketua Majlis Pertandingan Membaca al-Quran se-Malaya pada ketika itu. Dalam majlis tersebut hanya peserta qari sahaja yang mengambil bahagian. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Sultan Johor dalam satu majlis jamuan teh di Istana Besar Johor pada 5 September 1947.

Pada tahun 1951 pula, YTM Tunku Abdul Rahman mengambil inisiatif mengadakan pertandingan membaca al-Quran di negeri Kedah. Majlis ini kemudiannya menjadi tradisi tahunan di negeri jelapang padi itu. Apabila YTM TUnku menjadi Perdana Menteri selepas negara mencapai kemerdekaan, beliau berusaha untuk menganjurkan majlis tilawah ini sebagai acara peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Langkah awal yang diambil ialah YTM Tunku telah menganganjurkan pertandingan membaca al-Quran antara negeri Kedah dan Johor pada bulan Ramadhan tahun 1378 bersamaan tahun 1959.

Pertandingan Peringkat Kebangsaan Kali Pertama

Pertandingan Membaca al-Quran Peringkat Kebangsaaan kali pertama telah diadakan pada 20 Rmadhan 1379 bersamaan 18 Mac 1960. Tarikh ini telah memahatkan satu sejarah penting kepada negara kerana selepas tiga tahun mencapai kemerdekaan, di Stadium Merdeka, tempat pengisytiharan negara Malaysia yang merdeka, majlis tilawah al-Quran diadakan.

Hakikatnya, majlis tilawah ini telah dapat dianjurkan oleh Kerajaan sejurus selepas merdeka, ketika banyak urusan negara yang lain harus diselesaikan dengan segera. Ini membuktikan keazaman Kerajaan untuk mendaulatkan al-Quran, kitab suci yang menjadu sumber segala hukum Islam. Ini juga membuktikan betapa kuatnya hasrat dan cita-cita Kerajaan untuk meninggikan syiar Islam yang menjadi agama rasmi bagi negara ini.

Majlis kali pertama ini disertai oleh 44 peserta dari 11 buah negeri Persekutuan Tanah Melayu. 11 peserta membaca setiap malam selama empat malam berturut-turut. Pada malam kelima dikhaskan untuk upacara penyampaian hadiah kepada pemenang.

Pada malam bersejarah itu berlaku satu peristiwa, iaitu kebetulan keempa-empat buah lampu limpah dari empat penjuru Stadium Merdeka tiba-tiba terpadam seketika semasa salah seorang peserta sedang memperdengarkan bacaan. Namun demikian kelunakan suara merdu yang mengumandangkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran terus memukau dan memecah kesepian malam, mempesona beribu-ribu orang yang membanjiri stadium bersekarah itu. Peserta itulah yang telah menjuarai bahagian qariah pada majlis kali pertama itu.

Tugas menyelenggarakan majlis ini diserahkan kepada sebuah jawatankuasa yang dikenali pada masa itu sebagai Jawatankuasa Pengelola. Jawatankuasa ini terdiri daripada 15 orang ahli yang dipengerusikan oleh YB Tuan Syed Jaafar Albar, Menteri Muda Penerangan dan Penyiaran pada masa itu dan Encik Ahmad Nordin bin Haji Mohamad Zain, seorang pegawai kanan Jabatan Penerangan sebagai setiausaha yang pertama. Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola yang merancang pelaksanaan majlis tilawah sulung ini telah mengadakan mesyuarat pada 9 Januari 1960 di Kuala Lumpur bersana wakil-wakil Kerajaan Negeri.

Dalam pertandingan membaca al-Quran peringkat kebangsaan yang pertama ini Encik Abdul Hamid bin Desa seorang guru agama yang berasal dari Kedah telah menjadi johan bahagian qari dengan mendapat 89 markah. Naib johan dimenangi oleh Encik Ishak bin ayub dari Pulau Pinang yang mendapat 87 markah. Manakala johan qariah pula disandang oleh Cik Saodah binti Hanafi dengan mendapat 90 markah, dan naib johan dimenangi oleh Cik Zahrah binti Awang dari Kelantan yang mendapat markah 83 markah.

Penyertaan

Sebelum majlis peringkat kebangsaan ini diadakan, tiap-tiap negeri telah mengadakan pertandingan membaca al-Quran di negeri masing-masing bermula daripada peringkat mukim, daerah hinggalah ke peringkat negeri bagi memilih wakil negeri ke peringkat kebangsaan. Pada majlis peringkat kebangsaan kali pertama, setiap negeri dibenarkan menghantar tiga orang peserta, iaitu dua orang qari dan seorang qariah. Mulai tahun 1961, apabila pertandingan membaca al-Quran peringkat antarabangsa dilaksanakan, wakil negeri dalam pertandingan membaca al-Quran peringkat kebangsaan dikurangkan. Hanya johan qari dan qariah peringkat negeri sahaja boleh mengambil bahagian.

Pada tahun-tahun berikutnya syarat-syarat penyertaan dalam majlis tilawah al-Quran peringkat kebangsaan ini telah diperkemaskan. Mengikut peraturan yang ditetapkan pada masa ini, peserta majlis ini hendaklah terdiri daripada :

  • Qari dan qariah yang mewakili negeri-negeri di Malaysia iaitu johan qari dan qariah majlis tilawah al-Quran peringkat negeri berkenaan dan johan menunggu bahagian masing-masing,
  • Peserta hendaklah beragama Islam dan warganegara Malaysia,
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada hari pertama majlis dijalankan.

Hakcipta © 2014 JAKIM. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : JAKIM tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.

1329446810 Maps

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 4-9 Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62519, Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
Telefon : 03-8886 4000
Fax : 03-8889 2039
Email : alquran@islam.gov.my
Peta : Klik sini

1329446830 Stocks

Jumlah Pelawat

01123947
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
510
921
1431
1115899
41765
18884
1123947

1329447003 Things

Kemaskini Terkini :
29 April 2015

Paparan Terbaik :
Firefox 7+ atau Internet Explorer 9+ atau Safari 4+ atau Chrome dengan resolusi minimum 1280 X 1024. Boleh juga dilayari di telefon pintar atau gajet pintar yang lain (Responsive Design)